loader image

SIARAN MEDIA – PROGRAM RAMADHAN KONGSI KASIH: AGIHAN BUBUR LAMBUK OLEH MARDI CORP

Prepared by :

Admin Mardicorp

Serdang, — MARDI Corporation Sdn Bhd (MARDI Corp) meneruskan tradisi menyemarakkan bulan
Ramadan dengan menganjurkan Program Ramadhan Kongsi Kasih, satu inisiatif agihan bubur lambuk
kepada komuniti setempat. Program ini bertujuan untuk menyemai semangat kebersamaan dan
berkongsi rezeki dengan masyarakat sekitar.
Sebanyak tujuh lokasi telah dipilih untuk menerima agihan bubur lambuk pada tahun ini:
📍 IPD Sepang
📍 Surau Al-Makmur
📍 Masjid Kompleks Pertanian Serdang
📍 PKD Kuala Langat
📍 Balai Bomba Serdang
📍 Balai Polis Serdang
📍 Balai Polis Abu Bakar Baginda
Menurut Ketua Pegawai Operasi MARDI Corp, Hazwan Hussein, program ini bukan sahaja sebagai tanda
penghargaan kepada anggota barisan hadapan yang bertugas, malah ia juga merupakan satu cara untuk
mengeratkan hubungan dengan komuniti setempat.
“Bulan Ramadan adalah bulan keberkatan dan kasih sayang. Dengan inisiatif ini, kami berharap dapat
membawa kegembiraan kepada masyarakat, terutamanya kepada mereka yang bertugas tanpa mengira
waktu demi keselamatan dan kesejahteraan negara,” katanya.
Program ini turut mendapat sokongan dari semua tenaga kerja MARDI Corp yang berganding bahu
dalam proses penyediaan serta pengagihan bubur lambuk. Dengan usaha berterusan seperti ini, MARDI
Corp berharap dapat terus memainkan peranan dalam menyumbang kepada masyarakat dan
memperkukuhkan nilai-nilai murni di bulan Ramadan.
MARDI Corp mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan berharap agar
sumbangan kecil ini membawa keberkatan serta mempereratkan lagi silaturahim di kalangan masyarakat.
Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila layari laman rasmi MARDI Corp atau ikuti media sosial
rasmi kami.

Scroll to Top
Application Form
 

consider one of our many opportunities by sharing your CV at the below form.

AGRI-TRAINING

Empowering the Future of Farming

MICE & AGROTOURISM

Cultivating Innovation
Growing Tomorrow