loader image

KURSUS ASAS TANAMAN FERTIGASI MELON TARIK MINAT PESERTA SELURUH NEGARA – [SIARAN MEDIA] 

Prepared by :

Admin Mardicorp


Kuala Lumpur, 22 April 2025 – MARDICorp Academy hari ini berjaya menganjurkan Kursus Asas Tanaman Fertigasi Melon yang telah menarik penyertaan seramai 30 peserta daripada pelbagai latar belakang dan usia, datang dari seluruh pelosok negara.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pendidikan dan pemerkasaan komuniti oleh MARDICorp dalam memperkenalkan teknik moden pertanian, khususnya dalam tanaman buah melon menggunakan kaedah fertigasi.

Menurut Ketua Pegawai Operasi MARDICorp, Encik Hazwan Husein, “Kami menyokong penuh inisiatif kerajaan dalam melestarikan sektor pertanian negara. Menerusi kursus ini, kami bukan sahaja memperkenalkan kaedah tanaman yang lebih cekap dan mesra alam, tetapi juga membuka ruang kepada masyarakat untuk menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan mampan.”

Beliau turut menegaskan bahawa buah melon, khususnya varieti Gold Melon, memiliki nilai pasaran yang tinggi dan permintaan yang semakin meningkat, bukan sahaja dalam pasaran domestik, malah turut menembusi pasaran antarabangsa.

Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta tentang asas tanaman melon melalui kaedah fertigasi yang sistematik, termasuk pemilihan tapak, penjagaan pokok, penggunaan baja secara terkawal dan langkah-langkah pencegahan penyakit.

Manfaat Kursus:

  • Memberi peluang kepada individu untuk menjana pendapatan melalui pertanian moden.
  • Menyokong aspirasi negara ke arah sekuriti makanan dan pertanian mampan.
  • Menyediakan platform pembelajaran praktikal dan berimpak tinggi kepada usahawan tani baru.

MARDICorp Academy akan terus komited menganjurkan program-program pembangunan kapasiti seperti ini secara berterusan, sejajar dengan visi menjadikan pertanian sebagai satu industri yang berdaya saing dan menarik minat generasi muda

Scroll to Top
Application Form
 

consider one of our many opportunities by sharing your CV at the below form.

AGRI-TRAINING

Empowering the Future of Farming

MICE & AGROTOURISM

Cultivating Innovation
Growing Tomorrow