ONE LOVE MUSIC FESTIVAL, BAKAL KETENGAH 12 ARTIS IKONIK SERANTAU
One Love Music Festival, yang akan berlangsung pada 21 Disember 2024 di Dewan A, MAEPS Serdang, dijangka akan meriah dengan pelbagai peminat muzik seluruh negara termasuk negara jiran.
Penganjur, Tuff KL, berkata bahawa mereka menjanjikan festival muzik 12 jam tanpa henti yang bersejarah. Malah ia juga bakal menampilkan persembahan daripada 12 artis ikonik, termasuk artis dari Malaysia dan Indonesia.
Antara kumpulan akan membuat persembahan nanti ialah Kugiran Masdo, Hujan, Insomniacks, Bunkface, Drama Band, 53 Universe, dan kumpulan Gerhana Ska Cinta. Selain itu turut membuat penampilan nanti ialah Feby Putri, Nadin Amzah, Nabila Taqiyyah, dan Salma Salsabil.
Setakat ini, lebih 4,000 tiket telah dijual. Perkara itu didedahkan dalam sidang media yang diadakan baru-baru ini di Cornerstone IPC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
“Sejak awal kami pada 2021, kami telah berkembang daripada menjual merchandise pertama kepada penganjuran acara yang bukan sahaja menghibur tetapi juga memberi impak,” ujar Muhammad Zul Aqil, atau lebih mesra dikenali sebagai John, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tuff KL.
Tambah beliau lagi, One Love Music Festival bukan sekadar konsert; ia adalah gerakan yang bertujuan untuk memanfaatkan kuasa muzik demi menghubungkan individu daripada pelbagai latar belakang.
“Dalam era di mana hubungan sosial kadangkala terasa rapuh, festival ini berfungsi sebagai peringatan tentang kegembiraan dan perpaduan yang dapat dibawa oleh muzik secara langsung,” ujarnya.
Untuk info, konsert tersebut ditaja MOVETIX oleh AirAsia MOVE. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hassan Choudhury berkata, “Acara seperti One Love Music Festival pasti akan menyatukan peminat dan artis, terutamanya dengan barisan bakat tempatan dan antarabangsa yang luar biasa. Sebagai sebahagian daripada platform ejen pelancongan dalam talian (OTA).
📅 21 December 2024
📍 MAEPS Serdang
🎟️ Get your tickets now: www.ticketmelon.com/olmfest
Untuk maklumat lanjut mengenai One Love Music Festival, ikuti akaun media sosial rasmi mereka @olmfest_ di Facebook, Instagram dan TikTok.
Recent Post
Majlis Anugerah Aspirasi Desa Madani
November 22, 2024
Integrated Crop Management Training for Tropical Fruits
November 18, 2024
ONE LOVE MUSIC FESTIVAL
November 14, 2024