loader image

MARDICorp Bawa Nafas Baharu Dunia Pertanian Melalui TANI Podcast

Prepared by :

Admin Mardicorp

Serdang, 7 Julai 2025 – Dunia pertanian kini menerima nafas baharu menerusi penceritaan digital apabila MARDICorp memperkenalkan TANI Podcast, sebuah platform kandungan inspirasi yang mengetengahkan kisah jatuh bangun dari ladang terus ke telinga dan hati rakyat Malaysia.

Kini bersiaran di platform YouTube dan Spotify, TANI Podcast memfokuskan kepada realiti dunia agro.  Kisah benar, semangat luar biasa serta cabaran sebenar yang dilalui oleh para petani, usahawan tani dan pencetus perubahan dalam sektor pertanian negara.

Episod sulung TANI Podcast menampilkan Sadam Arffain, seorang petani muda yang memilih untuk mengusahakan ladang bunga kantan. Dalam episod ini, Sadam berkongsi kisah perjalanannya yang penuh dengan kejatuhan, pengorbanan dan kebangkitan semula — satu kisah yang menjadi cerminan perjuangan ramai anak muda dalam industri pertanian masa kini.

Episod-episod akan datang turut menampilkan lebih ramai petani tempatan yang bersedia berkongsi kisah perjuangan, harapan dan pengalaman mereka dalam dunia agro.

TANI Podcast bukan sekadar ruang bual biasa   ia adalah pentas penceritaan yang jujur, menyentuh emosi dan memberikan kesedaran tentang pentingnya menghargai usaha di sebalik setiap hasil tani.

Diterbitkan dari MAEPS Serdang dan disokong sepenuhnya oleh MARDICorp, inisiatif ini bertujuan menyemarakkan semangat masyarakat terhadap dunia pertanian melalui kandungan berkualiti tinggi yang dekat dengan jiwa rakyat.

Episod baharu akan diterbitkan setiap minggu di YouTube MAEPS Serdang dan Spotify, menampilkan pelbagai figura dari dunia agro daripada petani tradisional hingga ke inovator muda yang membawa perubahan.

Dengarkan juga di SPOTIFY – MARDICorp

Scroll to Top
Application Form
 

consider one of our many opportunities by sharing your CV at the below form.

AGRI-TRAINING

Empowering the Future of Farming

MICE & AGROTOURISM

Cultivating Innovation
Growing Tomorrow