
SIARAN MEDIA
2 Jun 2025 β MARDICorp dengan bangganya menyokong penganjuran SHOWTECH MARDI 2025 yang telah berlangsung dengan penuh meriah di MAEPS Serdang dari 29 Mei hingga 2 Jun 2025. Acara dwitahunan ini menyaksikan pelbagai pameran teknologi, inovasi pertanian dan penyelidikan terkini oleh MARDI, sekali gus menarik kehadiran lebih 400,000 pengunjung sepanjang lima hari penganjuran.
Sebagai rakan strategik dalam pembangunan teknologi pertanian, MARDICorp telah mengambil bahagian aktif dalam memeriahkan SHOWTECH 2025 melalui pameran di Hall C. Antara tarikan utama yang mencuri perhatian pengunjung ialah produk inovatif GREEN KIT, satu inisiatif hasil penyelidikan MARDI yang memberi peluang kepada masyarakat bandar untuk memulakan aktiviti bercucuk tanam di kediaman masing-masing secara mudah dan moden.
Menurut Hazwan Hussein, Ketua Pegawai Operasi MARDICorp, sambutan yang diterima terhadap GREEN KIT amat memberangsangkan.
βTeknologi mole pasu yang di perkenalkan oleh MARDI melalui GREEN KIT terbukti berkesan dalam memudahkan proses penanaman. Ia tidak memerlukan siraman setiap hari dan menggunakan media tanaman berkualiti tinggi yang menjadikan kaedah ini lebih urban dan bijak β sesuai untuk gaya hidup bandar masa kini,β ujar beliau.
Penganjuran SHOWTECH MARDI 2025 bukan sahaja menjadi platform terbaik memperkenalkan hasil penyelidikan dan teknologi terkini, malah membuktikan potensi besar sektor agro-teknologi dalam membentuk masa depan pertanian negara. MARDICorp berharap agar acara seperti ini dapat diteruskan bagi menggalakkan keterlibatan masyarakat dalam ekosistem pertanian moden dan lestari.









