Serdang, 23 Mei 2025

Perlawanan bola sepak persahabatan antara pasukan MARDICorp Football Club (MFC) dan New MARDI FC (NMFC) telah berlangsung meriah pada 23 Mei 2025 bertempat di AG Sport Arena, MARDI Serdang. Perlawanan yang bermula pada jam 8.00 malam ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kesukanan tetapi juga mengukuhkan lagi ikatan ukhwah antara warga MARDICorp dan MARDI.
Walaupun MFC tewas dengan jaringan 2-6 kepada NMFC, semangat kesukanan dan kekeluargaan jelas terpancar sepanjang perlawanan. Lebih bermakna, perlawanan ini juga menyaksikan pelancaran jersi rasmi MARDICorp hasil kolaborasi bersama jenama tempatan Elrah Exclusive. Jersi ini menyerlahkan gabungan imej korporat dengan sentuhan gaya eksklusif – simbol semangat baharu dalam kalangan warga MARDICorp.
Menurut En. Hazwan Hussein, Ketua Pegawai Operasi MARDICorp yang turut menyertai perlawanan,
“Ini adalah perlawanan pertama rasmi bagi pasukan MFC. Ia bukan sekadar perlawanan bola, tetapi satu simbolik kepada hubungan akrab antara MARDICorp dan MARDI. Kami merancang untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti sihat seperti ini pada masa hadapan.”
Usaha ini membuktikan komitmen MARDICorp dalam menggalakkan gaya hidup sihat sambil memperkukuh kerjasama antara organisasi melalui pendekatan sukan dan sosial yang inklusif.




